Saturday, 15 December 2012

luahan seorang sahabat

   



kenapalah aku rasa sakit hati bila dia tak balas pun mesej aku....bila aku 0nline FB...dia terus logout...aku ad a buat salah dengan dia ke?kenapalah kau tak balas mesej aku,wahai sahabat?kau tahu tak aku rasa tertekan sangat kau tak balas mesej aku, sebab kan aku lebih selesa kongsi cerita dengan kau (sedih atau gembira)...tolong lah balas mesej aku....aku rindu sangat dekat sahabat aku ini,Ya Allah...aku ingat lagi pesan kau,(biar putus cinta tapi jangan putus kawan)..

Saturday, 8 December 2012

novel yg ku cari.....


Nantikan Sangkar Cinta Disember ini!!




Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai ‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu.
Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan memerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangun semula, menjalani hidup ini.
Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya.
Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato’ No’man.
Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada….

Sunday, 2 December 2012

Kenapa Cinta Tidak Mampu Kekal?


Cinta Jarak Jauh Bukan Mudah Untuk Dilalui

Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya pasti akan bersetuju jika Puteri katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.
Maksud cinta jarak jauh ialah apabila pasangan itu terpisah jauh di mata kerana beberapa faktor antaranya tinggal berjauhan, faktor kerja, halangan keluarga dan mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu.
Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.
Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.
Bercinta jarak jauh akan membuatkan kita semakin merindui pasangan kita. Namun kita tidak perlu risau kerana setiap kali timbul rasa kehilangan dan kekosongan, kita boleh menghubungi pasangan kita menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi trend terbaru untuk menjadi pengantara buat percintaan jarak jauh.
Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya juga kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.
Ada beberapa tips untuk mengekalkan Percintaan Jarak Jauh :-
Yang paling penting perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Jangan berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan. Berserah segalanya pada takdir dan pastikan kejujuran hadir pada diri sendiri juga. Jangan curang pada pasangan korang. Dan dengan izin dariNYA pasangan korang juga akan setia.
Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuh, pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta.
Korang perlu sentiasa berhubungWalaupun tak dapat bersemuka, masih ada cara lain untuk sentiasa berhubung. Cara ini dapat mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain kerana tentu kita tidak mahu pasangan kita mencari insan lain untuk mengisi kekosongan dan kesepian hatinya.
Jangan terlalu berprasangka buruk pada pasangan. Selalu berfikiran positif dan cuba kawal emosi diri. Elakkan bergaduh ketika korang berhubung kerana itulah saja peluang korang untuk merapatkan hubungan dengan si dia.
Ikhlaskan hati mencintai pasangan. Tunjukkan sikap ambil berat korang walaupun hanya melalui panggilan atau sms. Buatkan dirinya rasa istimewa dan disayangi.
Sesukar manapun cinta jarak jauh ini, masih ramai yang mampu bertahan kerana masih percaya akan ada kebahagiaan di masa depan.
Kepada korang yang bercinta jarak jauh, cute doakan agar kebahagiaan bakal menjadi hadiah paling bermakna buat korang dan si dia yang tersayang.

Monday, 26 November 2012

Alif Satar - Pendusta



                             UNTUK HARRAZ IRFAN,OK

Tuesday, 20 November 2012

NOVEL | AKU YANG KAU TINGGALKAN

Sinopsis novel di tauhusumbat kali ni daripada penulis Nia Atirah terbitan KAKI NOVEL yang bertajuk Aku Yang Kau Tinggalkan. Semuanya bermula apabila…
Nia Atirah yang berkelulusan U terpaksa berkahwin dengan Zaril Ikhwan untuk melangsaikan hutang ayahnya dan menebus tanah yang telah digadaikan oleh ayahnya. Puan Zainun iaitu ibu Zaril telah meletakkan syarat akan melangsaikan semua hutang dan menebus tanah pusaka jika Nia sanggup berkahwin dengan anaknya yang lumpuh akibat kemalangan.
Nia terpaksa terima Qada’ dan Qadar walaupun cita-citanya terpaksa dilupakan. Sepanjang Nia menjaga Zaril, Zaril ibarat kayu kerana tidak pernah menghiraukan Nia ibarat di dunianya sendiri. Akhirnya Zaril dapat dipulihkan berkat usaha Nia dan melayari bahtera sebagai suami dan isteri. Ajal pertemuan di tangan Tuhan…Nia membawa diri ke bumi Turin akibat salah faham.
Bertahun2 dia membawa diri dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama Zaril. Zaril tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang anak. Pertemuan semula Zaril dan Nia apabila Zaril ke Turin atas urusan kerja. Zaril dan Nia saling mencintai tetapi penuh dengan dendam dan benci. Berlakulah perebutan hak penjagaan anak apabila Zaril mengetahui mengenai anak lelakinya.
Nia tahu bahawa kemenangan akan berpihak kepada Zaril kerana kekayaan yang dimiliki. Tanpa pengetahuan Nia, Zaril menuntut hak itu untuk memastikan bahawa Nia sentiasa akan bersamanya. Dalam konflik yang nia hadapi, dia disahkan mengandung anak kedua Zaril. Pada Nia, Zaril terlalu kejam terhadap dia dan anaknya kerana hendak memisahkan mereka tetapi tidak pada Zaril.
Hepy ending…Zaril menerangkan perkara sebenar dan mengajak Nia pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya. Best dengan watak Zaril.

NOVEL | YES BOS !


Yes, Boss! menceritakan seorang gadis yang bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada lelaki yang amat menjengkelkan, perasan bagus, poyo dan kacak. Ilham (lelaki yang dimaksudkan tadi) memang tidak suka dengan Aryana sebab gadis itu baginya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu perbadinya kerana Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan badan ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana bekerja di syarikat ayah kepada Ilham, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar dan bersabar.
Setiap arahan yang diberikan untuk Aryana oleh Ilham wajib jawab “Yes, Boss!”. Ilham perlukan Aryana untuk tolong ‘cover line’ bila dia tiada di pejabat nanti dan tolong pastikan semua ‘date’ Ilham bersama dengan teman-teman wanitanya. Maklumlah, playboy. Ilham memang selalu lupa dengan temu janjinya dengan teman wanitanya yang mana satu dia patut keluar.
Setelah sekian lama berkhidmat sebagai pembantu peribadi Ilham, tak sedar pula dia yang dia memang dah lama syok dekat Ilham tapi tak nak mengaku. Jadi, dia pendamkan sahaja perasaannya terhadap Ilham. Hati Aryana juga sering terluka akibat perangai playboy Ilham tu sebab Ilham kan ada banyak teman wanita, mestilah cemburu.
Umur semakin meningkat dan semakin tua, Ilham sudah insaf dengan perangainya ‘playboy’nya dan mahu mencari cinta sejati. Kemunculan Mellina membuatkan hati Ilham terpaut pada gadis yang boleh tahan juga seksinya. Ilham menyuruh Aryana untuk pergi berjumpa dengan Mellina dan melamar Mellina untuk dijadikan kekasih Ilham. Aryana akur walaupun hatinya keberatan dengan suruhan Ilham itu. Hasil lamarannya itu berjaya, Mellina setuju.
Sekian lama Ilham dan Mellina menjadi bertunang, Aryana dan Harun (driver Ilham) sudah lama tidak meluangkan masa bersama dengan Ilham sebagai kawan melainkan pekerja Ilham. Jeffry (musuh perniagaan syarikat Dato’ Maarof dan Ilham) mencuba nasib untuk memikat Aryana atas pelan yang diciptanya dengan Mellina untuk menjatuhkan perniagaan syarikat Dato’ Maarof tetapi gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu bahawa Jeffry mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya.
Selepas itu, Aryana dan Harun telah mengetahui kebenaran tentang pelan-pelan yang telah dirancang oleh Jeffry dan Mellina. Mellina sengaja memikat Ilham untuk dapatkan maklumat mengenai tender syarikat Dato’ Maarof. Ilham tidak percaya terhadap Aryana dan Harun dan lebih menuduh macam-macam terhadap mereka berdua. Aryana berhenti berkhidmat di syarikat Dato’ Maarof akibat kejadian itu dan mengambil keputusan untuk balik ke kampung opahnya.
Udin (tauke kolam ikan keli dan rakan sekampung Aryana), menagih cinta Aryana selepas Aryana balik kampung. Udin masih ingat lagi bahawa Aryana mencabarnya untuk menjadi seorang yang berjaya. Ganjarannya ialah Aryana akan dapat menerima cintanya selepas Udin berjaya menyahut cabarannya tapi Aryana buat tidak peduli je sebab Rahila (sahabat Aryana) sudah lama syok dekat Udin. Ketiadaan Aryana membuatkan hati Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Rupa-rupanya dia merindui gadis itu dan dia yakin bahawa dia sudah jatuh hati terhadap Aryana.
Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana bekerja sebagai pembantu peribadinya balik. Dengan berat hati Aryana setuju sahaja setelah opahnya memujuk Aryana . Banyak cabaran yang Ilham tempuhi untuk merebut sekeping hati Aryana. Terutama sekali Udin, saingannya. Ilham berterus terang dengan Aryana tentang isi hatinya, dia melamar Aryana untuk jadi isterinya. Akhirnya, Aryanapun terima.
Selepas kahwin, Aryana dan Ilham dianugerahkan anak lelaki yang namanya Adib. Adib ni lebih kurang juga perangainya macam Ilham, playboy. Walauapapun yang terjadi, mereka sekeluarga hidup bahagia.

NOVEL |CINTA KONTRAK

NUR ALIA AIRYSHA, seorang gadis yang datang dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk membantu keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya mengambil upah membasuh baju. Dengan bnatuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airsyh bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Ha heronya anak si datin nilah. Mesti hensemkan…ha memang hensem pon coz ank kacukan melayu + perancis, bermata biru kehijau hijauan, iaitu MUHAMMAD DANIAL FRANZ BIN EDDY FRANZ. Berkelulusan dari luar Negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya. Takdir menemukan Danial dan Airysh di butik mamanya iaitu merupakan pertemuan kedua.
Pertemuan pertama mereka adalah di stesyen bus apabila terlanggar secara tak sengaja oleh Danial. Airysha yang brutal dan Danial yang ego. Danial cuba mendapatkan Airysh tanpa merendahkan egonya dan  meminta maminya meminang Airysh. Danial digelar oleh Airish sebagai CICAK KOBENG & Airysh digelar sebagai MACHINE GUN. Airysh menerima perkahwinan ini dlm terpaksa untuk tidak mengecewakan ibunya tetapi perkahwinan ini bersyarat! Danial telah membuat kontrak perkahwinan tetapi telah dibuang oleh Airysh kerana tidak mahu terikat.
Walaupun telah berkahwin mereka tetap membuat hal masing2 dan akan berlakon bahagia di depan mentua. BELLA @ NABILA merupakan bekas kekasih Danial dan dia telah meminta Danial untuk menjadikannya isteri kedua. Bella mengugut untuk membunuh diri dan Airysh telah berjanji untuk menjadikan Bella isteri no 2. Dalam perang mulut Danial dan Airysh ini, mereka telah saling tangkap cintan.
Dalam rancangan Airysh utk nikahkan Danial & Bella di sebuah Masjid, Danial telah membantah perkahwinan yg diatur ini dan tempat Danial telah digantikan oleh Shafiq yg telah lama mencari Bella utk luahkan perasaan. Akhirnya Danial berjaya lembutkan Airysh untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yg sebenar.
Hepy ending n delivery kedua dpt baby kembar 4 lg…dahsyat2…bestnyer klau dpt jumpe lelaki cam Danial ni…
Macamnama best tak novel Cinta Kontrak daripada penulisan Nurul Ain Syuhada terbitan Karyaseni. Komenla skit..

Monday, 4 June 2012

Masuk angin siket ;)

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka 
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa 
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan 
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting 
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor 
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. 
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor 
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah 
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, 
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran 
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil 
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah 
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. 
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, 
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


 

Saturday, 26 May 2012

66 memenangi hati seorang isteri

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.
5.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
9. Terima perasaannya dengan hati terbuka bila dia merasa marah.
10. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
12. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
13. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati Biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda
15. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat tekanan kerja, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
16. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya
17. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya pada dia.
18. Jika selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar dicuci atau kerja membasuh yang sukar. Kalau boleh, sangat bagus kalau dapat iron @ gosok baju dia sekali.
19. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya
20. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, ada apa yang ingin dipesannya? Dan anda janganlah lupa pula untuk membeli untuknya.
21. Berikan pada dia sekurang-kurangnya lima kali pelukan kasih saying setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
22. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya berkata ‘Saya Sayang Awak…Muahhhs’.
23. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
24. Letakkan pakaian yang kotor @ sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
25. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh atau tidak. Tolong buang sampah untuknya. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
26. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai agar dia tidak risaukan anda.
27. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya dari masa ke semasa.
28. Sentiasa bersihkan diri anda,gosok gigi dan pakai wangi-wangian terutamanya sebelum ‘bersama’ @ jimak.
29. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian. Jangan tegus direct masa tu juga.
30. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
31. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk seks saja semata-mata.
32. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, tumpukan perhatian kepadanya. Jadilah pendengar yang baik.
33. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Adab di depan khalayak mesti dijaga juga.
34. Bila anda memegang tangannya, peganglah dengan penuh perasaan dan penuh kemesraan. Jangan pegang macam robot!
35. Ambil tahu dan ingat betul-betul, apakah makanan atau minuman yang dia suka. Beli @ masak makanan atau minuman yang dia sukai.
36. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan. Anda lelaki, jadi anda lebih tahu untuk membuat keputusan.
37. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
38. Berikan perhatian yang lebih kepadanya berbanding orang lain ketika anda berada di khalayak ramai @ bersama kawan-kawan. Ingat, isteri anda terlebih layak untuk dilayan lebih istimewa berbanding kawan-kawan anda!
39. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka kelak.
40. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel yang boleh menyentuh hatinya. Anda perlu berjiwa remaja kadangkala untuk memenangi hatinya.
41.
42. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya.
43. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau majlis-majlis tertentu untuk kenang-kenangan.
44. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantic.
45. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
46. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
47. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat tentangnya. Contoh, “Awak nampaknya gembira hari ini”, “Awak nampak letih la” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
48. Kalau dapat, bangun solat malam @ qiamullail bersama-sama. Ini kalau dapat buat, memang boleh menarik rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga anda.
49. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
50. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal perkenalan dulu.
51.
52. Kalau ada apa-apa kerosakan kecil dirumah, cuba perbaiki nya secepat mungkin. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar dan sebagainya.
53. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
54. Pastikan bilik mandi sentiasa bersih dan berbau harum.
55. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Jadilah lelaki yang gentleman.
56. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak barangan yang hendak dibawa di kereta.
57. Bila dia memasak untuk anda, pujilah masakannya. Jangan sekali-kali anda komplen masakannya.
58. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan apa yang dinyatakannya. Pada waktu-waktu tertentu, pegang dia dengan tangan anda bila anda sedang berbicara dengannya.
59. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia sedang buat, pada buku yang dia baca,dan pada orang lain yang dia kontek.
60. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah @ pergi kerja.
61. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. Hargai dia seadanya.
62. Rancanglah untuk makan angin bersamanya setidak-tidaknya sekali setahun.
63. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
64. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
65. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
66. Untuk mendapat cinta, anda mesti terlebih dahulu memberikan cinta setulus hati.

Wednesday, 16 May 2012

10 Tanda Si dia Jodoh ANDA.....

1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

DOA HARIAN

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengamalkan doa-doa sebagai mutiara dalam kehidupan seharian kita. Berikut ini adalah mutiara doa-doa harian untuk diamalkan setiap hari. Moga Allah memberkati hidup kalian. :)
doa bertemu jodoh
Doa memohon akhlak terbaik dan rezeki yang berkat
“Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.”

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian
“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.”
Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan duka cita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”

Doa ketika sesuatu penyakit merebak
“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.
“Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”

Doa ketika keluar dari rumah
“Denngan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah”.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Doa apabila melihat orang mendapat bencana
“Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang.”

Doa ketika bangun dari tidur
“Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.”
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang bangun tidur di waktu malam, lalu membaca, Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Kemudian, berdoa: “Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku. Maka dia diampuni.”

Doa ketika mengenakan pakaian
“Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-Nya tanpa daya dan kekuatan dariku.”

Doa ketika mengenakan pakaian baru
“Ya Allah, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada-Mu untuk mendapat kebaikannya dan kebaikan yang ia ciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang ia ciptakan kerananya.”

Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat
“WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud).

Doa anak untuk ibu bapa
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”