Sunday 16 June 2013

ayat-ayat pendinding (2)

Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

                              Benteng diri anda dari gangguan jin dan syaitan
Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.
Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.
  • Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
  • Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?
Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
  1. Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
  2. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
  3. Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
  4. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari  Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.

surah pendinding dari gangguan iblis, jin and makhluk halus

Surah Pendinding Dari Gangguan Iblis ,Jin dan Makhluk Halus

Pergi beli udang di pasar Malam,
Asalamualaikum pembuka salam.

Malam tadi aku pergi ke pusat islam di poli aku,
macam biasalah,orang pergi ke situ mestilah beribadah kan?
so aku menunaikan kewajipan aku untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak
Nak di jadikan ceritanya,antara magrib dan isyak,mesti ada kuliah magrib yang disampaikan oleh cik ustaz yang  bertugas,sambil dengar2 dan dengar,
ustaz tersebut memulakan kuliah dengan tafsir AL-QURAN,
jadinya,surah yang ditafsir itu iaitu 3 surah :


dan ...
dan dia menjelaskan kelebihan yang ada pada 3 surah ini dan seterusnya membuatkan diri ku tertarik dengan 3 surah ini 
kerana dia menerangkan bagaimana cara untuk perlindungan diri daripada gangguan iblis,jin dan makhluk halus,
sekrang ningpun semakin ramai manusia yang memperhambakan diri kepda makhluk halus demi kepentingan diri tanpa mengira akibatnya dan sanggup bagi apa sahaja dekat makhluk untuk memuja makhluk tersebut itu  .
 Aku berharap aku dan keluarga aku dapat elak 
dari gangguan iblis dan makhluk halus laknatullah ini.

setelah aku mendengar kuliah yang disampaikan,aku pun apa lagi,terfikir untuk kongsi perkara seperti ini,di dalam KONKLUSI ANISHAK kerana pasti ramai yang tidak tahu lagi bukan??

Cara-cara untuk elakkan diri dari gangguan jin iblis apa yang aku dengar kuliah semalam:



1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.  (Put our feet towards the Ka'ba.)

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa. (Such as lifting both hands to pray.)

3. Baca ayat-ayat Muawwizat (3 surah di atas)sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
(Read the verses Muawwizat to finish (not including the reading of Surah Al-Fatihah).

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
 (Take a deep breath and blow on our hands until the expiration of breath.)

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 
(Pull the small our breath, then hold our breath while our handssweeping the entire limb can be achieved unless our private parts)


6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.
 (Do it once before bed and after morning prayers every day.)

Insyaallahu taala,
dengan izin allah jin.makhluk halus dan iblis tidak dapat mendekatkan dan merosakkan diri kita,.Hanya semudah 5 langkah sahaja,kita pasti boleh amalkan amalan ini

AWAS!!!

Buat pengertahuan semua,makhluk halus sangat aktif pada waktu malam seperti nyamuk yang aktif pada waktu malam,jadi sebaik-baiknya,
janganlah kita keluar rumah sehingga larut malam,
kerana sangat mudah untuk kita terkena gangguan iblis .

Semoga apa yang ku kongsikan ini dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dengan berniat dan yakin ALLAH itu MAHA BESAr. Wassalam...

Wednesday 5 June 2013

***citarasa alisyah safiya***


Saya Alisyah Safiya...saya nak buat penilaian kepada seorang lelaki...(^-^)...JOM...


"Gambar yang ni dia handsome", say alisyah

NEXT PICTURE=>


"Yang ini tak handsome", kata alisyah...

walaupun dah tanya banyak kali...dia tetap dengan gamdar 1st tu...
hakikatnya, orang dalam gambar tu sama je...
penilaian budak 3 year old
(^_^)


***surah-surah amalan ketika mengandung***




          ELOK UNTUK MAK CIK, KAKAK IPAR, AND SAUDARA YANG TERDEKAT

***anda pakai baju warna apa hari ini***

PILIH WARNA BAJU KORANG PAKAI SEKARANG 
Jujur okayy ;-

● Merah ● Awak Nakal ,
● Pink ● Awak Comel ,
● Biru ● I love you ,
● Oren ● Saya suke awak ,
● Ungu ● Saya rindu awak ,
● Putih ● Awak Manja ,
● Hitam ● Saya benci awak ,
● Kuning ● Awak milik saya ,
● Coklat ● Awak Cute

***anda anak ke berapa??***

Anda anak no berapa?

Anak No.1 - Berkepimpinan & Tegas.
Anak No.2 - Penyabar & Kelakar.
Anak No.3 - Manja & Matang.
Anak No.4 - Baik & Bergaya.
Anak No.5 - Baran & Cool.
Anak No.6 - Ramah & Manja.
Anak No.7 - Tegas & Lawak.
Anak No.8 - Menerima & Sabar.
Anak No.9 - Rileks & Pendiam.
Anak No.10 - Penyabar & Baik.
Anak No.11 - Banyak Cakap & Kelakar.
Anak No.12 - Penyabar & Mengada.
Anak No.13 - Manja & Pendiam.
Anak No.14 - Baik & Penyabar.
Anak No.15 - Menerima & Manja.



saya anak ke-3...manja and matang..(^-^)

***kesian perempuan***

|| Kesian Perempuan || -.-

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — ’ bila beranak? ‘ .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk .
tak tutup — lagilah heboh .

setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain-mainkan .
terlalu berjaga — dimarah-marahkan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

Tapi, UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya.. cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi...  InsyaAllah.. 

***dapat pahala (^-^)***

KELEBIHAN NIKAH.....
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....

Allhhurabbi..SERONOKNYA.....

petua agar orang suka kepada anda

Petua Agar Orang Selalu Suka Kepada Anda

1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana, persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.

4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang.

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga.

6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.

Monday 3 June 2013

***aku redha dan aku berserah.***

Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.

Ya Allah izinkan aku Bercinta Selepas Nikah
Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.

Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya. 

aku redha dan aku berserah.

**hadapi dengan senyuman***

 Biarlah orang mengata kita, jgn kita
mengata orang..
Biarlah orang memfitnah kita, jgn kita
melakukannya juga.
Biarlah orang menzalimi kita, kita cuba
maafkan mereka.
Biarlah orang mencaci kita, doakan
petunjuk buat mereka..
Alangkah baiknya, jika kita balas
kejahatan orang dgn kebaikan kita ♥~ 

***DOA WANITA***

DOA WANITA :

Bismillahirrahmanirrahiim....
Ya ALLAH..Hamba menginginkan seorang IMAM yang dengan keimanannya mampu mengarahkanku pada pilihan yang baik.

Bersedia MENDENGAR ketika aku ingin bicara....
Menyediakan BAHUnya untuk tempatku bersandar..
Merelakan TANGANnya untuk menyeka airmataku.
Menyerahkan HATInya hanya padaku dan membimbing hamba menuju jannah-Mu..Aamiin ya Rabbal'alamin..

***sayang mama and ayah***

ketika ibumu b'kata sesuatu, dengarlah dgn sepenuh hatimu krana pd tiap bait kata ibu, ada ubat yg dpt merawat luka hatimu

tatkala ibumu b'kata, renunglah matanya. bygkn bhwa kata2 itu adlh yg t'akhir kamu terima drnya

Bagi yang masih mempunyai ibu, mak - (komen) "Ya Allah panjangkanlah usia kedua orang tua kami"

Bagi yang sudah kehilangan ibu, @ ayah @ keduanya -(komen)
"Ya Allah tempatkan ibu/ayah/mereka di tempat orang-orang beriman"

**fokus and fokus**

                                          Fokuskan kepada kekuatan, bukan kelemahan.
                                          Fokuskan kepada kebaikan, bukan keburukan.
                                          Fokuskan kepada kelebihan, bukan kekurangan.
                                          Fokuskan kepada kebenaran, bukan kebatilan.
                                          Fokuskan kepada idea, bukan berita.
                                          Fokuskan kepada kerja, bukan cerita.

Fokus.                                                                Fokus.                                                                       Fokus.
                                                        FOKUS, FOKUS, FOKUS

                                                                  Apakah itu fokus?

" Umpama kita membawa talam yang dipenuhi air dari satu tempat ke satu tempat dengan penuh cermat dan memastikan satu titis air pun tidak tertumpah."

**cintailah orang yang mencintai kita**

                                                  ⇉ Kadang Kita harus pergi menjauh.
                                           ↠ Agar Kita tahu siapa yang tetap mengikuti Kita.

                                                 ⇉ Kadang Kita harus ungkapkan kata dengan hati.
                                           ↠ Agar Kita tahu siapa yang masih mau mengerti.

                                                 ⇉ Kadang Kita harus teguh dengan pilihan Kita.
                                          ↠ Agar Kita tahu siapa yang masih akan mempedulikan Kita.

                                                 ⇉ Kadang Kita harus mengambil keputusan yang tegas.
                                          ↠ Agar Kita tahu siapa yang akan tetap mendukung Kita.

                                                 ⇉ Kadang Kita harus melepaskan orang yang sangat Kita cintai.
                                         ↠ Agar Kita tahu apakah dia akan kembali setia di sisi Kita.

                                                                           =====

**santai petang**



Lepak minum petang....peace yooo...

**smile BATMAN**



                  Muka sedih tak dapat smile BATMAN.....tapi tetap senyum untuk teacher tersayang...teacher sayang WAN MUQRI HAZEM...


Jangan la sedih-sedih...esok teacher buatkan OK...

Saturday 1 June 2013

**ALLAH tetap di hati ku**

                                                  Bila Rasa bahagia, Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ
                                                  Bila Rasa gembira, Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ
                                                  Bila Rasa marah, Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ
                                                  Bila Rasa Geram, Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ
                                                  Rasa Sakit Hati, Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ
                                                  Dalam Apa Saja Keadaan, ingatlah ﺍﻟﻠﻪ

                                                     ﺍﻟﻠﻪ Dah Beritahu dalam firmanNya ,,,

                                         "Dengan Mengingati ﺍﻟﻠﻪ , Hati Akan Menjadi Tenang" 

**cincin di jari n Q2MT**




          Gambar masa Q2MT (ni kakak housemate farah).....sibuk sikit minggu ni sebab tu la tak update. Hari ni baru dapat bersua. Ni waktu pagi lagi, tu yang happy lagi. Apabila petang menjelma and nk masuk waktu malam, penat betul....tapi sempat lagi pergi Alamanda...huhuhuhu...




Cincin merisik daripada seseorang...(angan-angan je)..tapi kalau betul pun apa salah ye kan...hehehehe..
doa-doa kan la ye...biar dapat jodoh cepat...amin..

**JOMHEBOH, PUTRAJAYA**



DI JOMHEBOH, kami ada memjalankan sesi bergambar di JomHeboh di Presint 2, Putrajaya. Ramai jugak la jumpa dengan artis tapi ramai artis lelaki (Talha, Zizan Razak, Awal, tomok and ramai lagi)..tak tangkap gambar pun dengan artis-artis tu...tengok depan-depan je...


Jumpa Idola Kecil....(Hadi and Harriz)


kenal tak siapa ni???(maaf kabur sikit)
dia ni pun 1st time jumpa dekat jomheboh...


haaa...ni baru jelas..nama dia, TALEEB MIZAD. penyanyi RESTU CINTA...
cari la lagu dia, best sangat...


Ok lah...ni masa tengah penat berjalan and berehat sebentar di atas rumput depan masjid besi.


kad apa entah ni...dapat masa di gerai TV9...


PEACE YOO...


PEACE YOO TOO
huhuhu...(^-^)