1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4.
5.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
9. Terima perasaannya dengan hati terbuka bila dia merasa marah.
10. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
12. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
13. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati Biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda
15. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat tekanan kerja, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
16. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya
17. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya pada dia.
18. Jika selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar dicuci atau kerja membasuh yang sukar. Kalau boleh, sangat bagus kalau dapat iron @ gosok baju dia sekali.
19. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya
20. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, ada apa yang ingin dipesannya? Dan anda janganlah lupa pula untuk membeli untuknya.
21. Berikan pada dia sekurang-kurangnya lima kali pelukan kasih saying setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyak. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
22. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya berkata ‘Saya Sayang Awak…Muahhhs’.
23. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
24. Letakkan pakaian yang kotor @ sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
25. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh atau tidak. Tolong buang sampah untuknya. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
26. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai agar dia tidak risaukan anda.
27. Basuhkan dan periksa kenderaan yang digunakannya dari masa ke semasa.
28. Sentiasa bersihkan diri anda,gosok gigi dan pakai wangi-wangian terutamanya sebelum ‘bersama’ @ jimak.
29. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian. Jangan tegus direct masa tu juga.
30. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
31. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk seks saja semata-mata.
32. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, tumpukan perhatian kepadanya. Jadilah pendengar yang baik.
33. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Tapi jangan lebih-lebih sudah lah. Adab di depan khalayak mesti dijaga juga.
34. Bila anda memegang tangannya, peganglah dengan penuh perasaan dan penuh kemesraan. Jangan pegang macam robot!
35. Ambil tahu dan ingat betul-betul, apakah makanan atau minuman yang dia suka. Beli @ masak makanan atau minuman yang dia sukai.
36. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan. Anda lelaki, jadi anda lebih tahu untuk membuat keputusan.
37. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
38. Berikan perhatian yang lebih kepadanya berbanding orang lain ketika anda berada di khalayak ramai @ bersama kawan-kawan. Ingat, isteri anda terlebih layak untuk dilayan lebih istimewa berbanding kawan-kawan anda!
39. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka kelak.
40. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel yang boleh menyentuh hatinya. Anda perlu berjiwa remaja kadangkala untuk memenangi hatinya.
41.
42. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya.
43. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau majlis-majlis tertentu untuk kenang-kenangan.
44. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantic.
45. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
46. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
47. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat tentangnya. Contoh, “Awak nampaknya gembira hari ini”, “Awak nampak letih la” dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
48. Kalau dapat, bangun solat malam @ qiamullail bersama-sama. Ini kalau dapat buat, memang boleh menarik rahmat dan keberkatan dalam rumahtangga anda.
49. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
50. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal perkenalan dulu.
51.
52. Kalau ada apa-apa kerosakan kecil dirumah, cuba perbaiki nya secepat mungkin. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar dan sebagainya.
53. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
54. Pastikan bilik mandi sentiasa bersih dan berbau harum.
55. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Jadilah lelaki yang gentleman.
56. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak barangan yang hendak dibawa di kereta.
57. Bila dia memasak untuk anda, pujilah masakannya. Jangan sekali-kali anda komplen masakannya.
58. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan apa yang dinyatakannya. Pada waktu-waktu tertentu, pegang dia dengan tangan anda bila anda sedang berbicara dengannya.
59. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia sedang buat, pada buku yang dia baca,dan pada orang lain yang dia kontek.
60. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah @ pergi kerja.
61. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. Hargai dia seadanya.
62. Rancanglah untuk makan angin bersamanya setidak-tidaknya sekali setahun.
63. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
64. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
65. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
66. Untuk mendapat cinta, anda mesti terlebih dahulu memberikan cinta setulus hati.
No comments:
Post a Comment