Saturday, 12 October 2013

**miss & mrs dari kaki novel**

Miss & MrsSinopsis:-
Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?
Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!
Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?
Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.

“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”
novel ni pn best gak....try la baca....peace...

**bukan isteri sempurna dari kaki novel**

sinopsis:-
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
 Bukan Isteri Sempurna

Sunday, 16 June 2013

ayat-ayat pendinding (2)

Ayat-ayat Pendinding Yang Boleh Membuatkan Jin dan Syaitan Lari

                              Benteng diri anda dari gangguan jin dan syaitan
Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.
Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.
  • Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
  • Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?
Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
  1. Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
  2. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
  3. Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
  4. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari  Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.

surah pendinding dari gangguan iblis, jin and makhluk halus

Surah Pendinding Dari Gangguan Iblis ,Jin dan Makhluk Halus

Pergi beli udang di pasar Malam,
Asalamualaikum pembuka salam.

Malam tadi aku pergi ke pusat islam di poli aku,
macam biasalah,orang pergi ke situ mestilah beribadah kan?
so aku menunaikan kewajipan aku untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak
Nak di jadikan ceritanya,antara magrib dan isyak,mesti ada kuliah magrib yang disampaikan oleh cik ustaz yang  bertugas,sambil dengar2 dan dengar,
ustaz tersebut memulakan kuliah dengan tafsir AL-QURAN,
jadinya,surah yang ditafsir itu iaitu 3 surah :


dan ...
dan dia menjelaskan kelebihan yang ada pada 3 surah ini dan seterusnya membuatkan diri ku tertarik dengan 3 surah ini 
kerana dia menerangkan bagaimana cara untuk perlindungan diri daripada gangguan iblis,jin dan makhluk halus,
sekrang ningpun semakin ramai manusia yang memperhambakan diri kepda makhluk halus demi kepentingan diri tanpa mengira akibatnya dan sanggup bagi apa sahaja dekat makhluk untuk memuja makhluk tersebut itu  .
 Aku berharap aku dan keluarga aku dapat elak 
dari gangguan iblis dan makhluk halus laknatullah ini.

setelah aku mendengar kuliah yang disampaikan,aku pun apa lagi,terfikir untuk kongsi perkara seperti ini,di dalam KONKLUSI ANISHAK kerana pasti ramai yang tidak tahu lagi bukan??

Cara-cara untuk elakkan diri dari gangguan jin iblis apa yang aku dengar kuliah semalam:



1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.  (Put our feet towards the Ka'ba.)

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa. (Such as lifting both hands to pray.)

3. Baca ayat-ayat Muawwizat (3 surah di atas)sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
(Read the verses Muawwizat to finish (not including the reading of Surah Al-Fatihah).

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
 (Take a deep breath and blow on our hands until the expiration of breath.)

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 
(Pull the small our breath, then hold our breath while our handssweeping the entire limb can be achieved unless our private parts)


6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.
 (Do it once before bed and after morning prayers every day.)

Insyaallahu taala,
dengan izin allah jin.makhluk halus dan iblis tidak dapat mendekatkan dan merosakkan diri kita,.Hanya semudah 5 langkah sahaja,kita pasti boleh amalkan amalan ini

AWAS!!!

Buat pengertahuan semua,makhluk halus sangat aktif pada waktu malam seperti nyamuk yang aktif pada waktu malam,jadi sebaik-baiknya,
janganlah kita keluar rumah sehingga larut malam,
kerana sangat mudah untuk kita terkena gangguan iblis .

Semoga apa yang ku kongsikan ini dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dengan berniat dan yakin ALLAH itu MAHA BESAr. Wassalam...

Wednesday, 5 June 2013

***citarasa alisyah safiya***


Saya Alisyah Safiya...saya nak buat penilaian kepada seorang lelaki...(^-^)...JOM...


"Gambar yang ni dia handsome", say alisyah

NEXT PICTURE=>


"Yang ini tak handsome", kata alisyah...

walaupun dah tanya banyak kali...dia tetap dengan gamdar 1st tu...
hakikatnya, orang dalam gambar tu sama je...
penilaian budak 3 year old
(^_^)


***surah-surah amalan ketika mengandung***




          ELOK UNTUK MAK CIK, KAKAK IPAR, AND SAUDARA YANG TERDEKAT

***anda pakai baju warna apa hari ini***

PILIH WARNA BAJU KORANG PAKAI SEKARANG 
Jujur okayy ;-

● Merah ● Awak Nakal ,
● Pink ● Awak Comel ,
● Biru ● I love you ,
● Oren ● Saya suke awak ,
● Ungu ● Saya rindu awak ,
● Putih ● Awak Manja ,
● Hitam ● Saya benci awak ,
● Kuning ● Awak milik saya ,
● Coklat ● Awak Cute