Saturday 23 November 2013

LELAKI BERGELAR SUAMI 1

           Perkahwinan itu tidak semestinya indah,kadang kala ada perkahwinan paksa tanpa suka rela seseorang. Walaupun sudah berkahwin tetapi masih tidak mempunyai perasaan cinta dalam hati mahupun si dia suami kita.Meskipun si isteri atau si suami baik, mesti salah seorang egonya tinggi. kesimpulannya,jikalau wanita carilah suami yang sayang dan mencintai kita. Manakala lelaki,tolonglah sayang dan mencintai sang isteri dengan sepenuh hati.Adil tak kalau macam itu.

               "Ara,tengah buat apa dalam bilik tu?dah siap ke pakai baju?"tanya Puan Noor.
              "Dah siap dah.kejap lagi Ara keluar."jawab Mutiara. Mulai hari ini dia akan menjadi seorang isteri kepada suami yang tidak dia cintai. Ini adalah kerana untuk merapatkan lagi silaturahim ayah bersama bapa saudaranya yang lama terpisah di sebabkan salah faham keluarga. Oleh itu,Mutiara terpaksa berkahwin dengan Afiq,sepupu Mutiara yang  sudah 5 tahun terpisah.

              Apabila Mutiara membuka pintu biliknya,hatinya sungguh sayu. Mutiara merasakan hari ini adalah hari yang paling merosakkan hidupnya. Upacara akad nikah di langsungkan dirumah,hatinya merasakan begitu geram apabila melihat muka lelaki yang akan bergelar suami. 'kenapa muka laki itu happy sangat,hish..geram betulah tengoknya,'bisik hati Mutiara. Semasa lafaz pernikahan berkumandang,hati Mutiara merasakan hatinya ditoreh-toreh. Selepas bersalam dengan orang disekeliling,Afiq terus menuju ke arah Mutiara untuk upacara batal air sembahyang. Dengan itu,Afiq sebagai suami mencium dahi Mutiara yang bergelar isteri. Mutiara merasakan dirinya dilindungi tetapi dia menafikannya. 
              
              Selepas upacara akad nikah selesai,pasangan penggantin di kehendaki menukar baju untuk persandingan. Di dalam bilik Mutiara merasakan kaku untuk menukar baju walaupun bersama dengan suaminya sendiri. Afiq dengan selambanya menukar baju di depan Mutiara,Mutiara terus memandang kearah lain. 
"kenapa tak tukar baju lagi?"tanya si suami sambil duduk di sebelah si isteri.
"hmm...kejap lagilah."jawab Mutiara.Afiq hanya mampu tersenyum sinis melihat reaksi isterinya.
"Ara, malu dengan abang ke?"tanya Afiq lagi. Mutiara hanya menggeleng.
"habis,kenapa tak tukar baju lagi?"tanya Afiq lagi. Mutiara hanya mendiamkan diri.
"kalau macam itu, abang keluar kejap.okey."Afiq terus keluar daripada bilik.
Dengan perasaan lega, cepat-cepat Mutiara menukar baju.Tetapi tiba-tiba, baju belakangnya susah untuk di zip.Apabila pintu terbuka, Mutiara terpaku melihat lelaki di depan pintu itu. Dengan selambanya,Afiq menolong Mutiara zipkan baju. 
"terima kasih." Ucap Mutiara.
"sama-sama."jawab Afiq.
               TIBA-TIBA,Afiq dan Mutiara mendengar bunyi ketukan pintu. Segera Afiq membuka pintu,rupa-rupanya mak andam.Mutiara hanya memberikan senyuman kepada mak andam itu.

"ni siapa yang nak make up dulu?"tanya mak andam.
"mak andam, make up kan isteri saya je. Janji isteri saya nampak cantik."jawab Afiq sambil memandang Mutiara. Mak andam hanya mengangguk. Manakala Mutiara hanya membuat muka selamba. Apabila selesai make up, bermulalah upacara persandingan merpati dua sejoli. Mutiara hanya mampu tersenyum palsu sahaja. Manakala di mata Mutiara, senyuman Afiq begitu ikhlas atas perkahwinan ini. 'Adakah dia ikhlas dengan perkahwinan ini?'bisik hati Mutiara. Sukar untuk Mutiara percaya kerana seorang lelaki paling benci dengan perkahwinan paksa atau atas pilihan keluarga. Apabila selesai bersanding, tangan Afiq mengenggam erat tangan Mutiara bagaikan hati Mutiara tersentuh.
              Malam itu Mutiara sungguh penat kerana melayan tetamu yang hadir,tanpa melinggahkan masa Mutiara terus merebahkan diri di atas katil. Ini baru persandingan di rumahnya, tidak tahu lagi di rumah mentuanya iaitu mak dan bapa saudaranya. Mutiara bagaikan tidak percaya dalam usia 21 tahun ini dia sudah berkahwin. Adakah dunia ini kejam buatnya?tidak, mungkin ini adalah jodohnya. 'Bolehkah aku mencintai dan menyayanginya, Ya Allah bantulah hamba mu ini'bisik hati Mutiara. Mutiara tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu di buka, Mutiara terus memejamkan matanya.
"Ara, abang tahu Ara tak tadur lagikan?"tanya Afiq, Mutiara hanya membisu.
"Abang nak cakap sesuatu, bolehkan?"sambung Afiq tetapi Mutiara masih tidak bersuara.
"Abang harap Ara dapat mencintai abang sepenuh hati Ara. Walaupun kita berkahwin secara mengejut tapi abang mencintai Ara sepenuh hati abang. Kalau Ara tidak mencintai abang, abang sanggup tunggu bila-bila saja. Cuma satu abang harap Ara cubalah mencintai abang walaupun sikit."terang Afiq panjang lebar.
"Abang harap Ara tidak keberatan, kalau abang tidur sebelah Ara. Abang takkan sentuh Ara selagi Ara belum mencintai abang sepenuh hati Ara, tu janji abang dekat Ara,"sambung Afiq lagi. Mutiara masih mandiamkan tidak sepatah pun perkatan keluar daripada mulutnya. 
 Hari pertama bergelar isteri, bagi perempuan lain mestilah gembira kerana dia mencintai sang suaminya sangat. Hati Mutiara masih sakit atas benda yang tejadi, terpaksa berkahwin dengan sepupu sendiri dan telah ditinggalkan oleh orang yang tersayang. Mutiara menggiringkan badannya kepada suaminya, Mutiara melihat air muka suaminya begitu indah di matanya.'berdosanya aku membelakangkan suamiku' bisik hati Mutiara. Apabila melihat Afiq mengerakkan badannya, dengan pantas Mutiara bangun dari tidurnya dan terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Afiq hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagat Mutiara yang tergopoh-gapah itu.
    Selesai sahaja menunaikan solat subuh bersama, Mutiara terus keluar dari bilik untuk membantu ibunya   membuat sarapan. Apabila sampai di dapur, dapur kelihatan sunyi tiada ibu. 'Mungkin semua orang tidur lagi kot, penat dengan kenduri semalam.kesian semua orang' bisik hati Mutiara. Mutiara terus mengambil cerek air untuk masak air. Tiba-tiba Mutiara terdengar tapak kaki berjalan, Mutiara pandang belakang ingatkan ibunya tetapi susuk tubuh suaminya. Mutiara terpaku sebentar kerana tubuh itu betul-betul di depannya.
 "Ara, boleh abang tolong Ara?" tanya Afiq tanpa segan suli.
 "Haaaaa....rasanya tak ada," jawab Mutiara tanpa memandang muka Afiq.
 "kalau macam tu, abang temankan Ara buat sarapan ni. Ok."kata Afiq sambil duduk di meja makan.
Mutiara hanya mampu terdiam sahaja, semua pergerakkan Mutiara terbatas kerana di perhatikan oleh Afiq. Pagi ini, Mutiara akan buat cucuk bilis. Sarapan paling senang untuk di buat. Cucur bilis bersama air kopi. 

         Apabila sarapan sudah tersedia, Mutiara terus hidangkan di atas meja.
 "Abang makanlah dulu. Ara nak kejutkan dia orang," kata Mutiara ingin berlalu tetapi di tarik oleh Afiq.
 "Tak payahlah kejutkan dia orang, mesti dia orang tengah penat lagi tu. Ara temankan abang makan, boleh?" tanya Afiq sambil menarik Mutiara duduk di kerusi. Mutiara hanya turutkan sahaja. Selesai bersarapan, keluarganya masih belum bangun. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 10 pagi.'mana ibu ni, tak bangun lagi. bosanlah tonton tv dua orang je,'bisik hati Mutiara. Mutiara tidak selesa duduk dengan suaminya, sudahlah suaminya duduk terlalu rapat dengannya sampai hendak bergerak pun susah. 
 "Awalnya, kamu dua orang bangun," kata Puan Noor apabil keluar dari bilik. Dengan perasaan terkejutnya, Mutiara terus memegang peha Afiq dan Afiq pun terkejut.
 "dah biasa dah, ibu. tu yang bangun awal. Betul tak Ara?"jawab Afiq sambil bertanya kepada isterinya.
 "haah, ibu. Abang ni lapar sangat, tu yang bangun awal."jawab Mutiara.'nak kenakan akulah tu,' bisik hati Mutiara. 'pandai isteri aku berlakon,' bisik hati Afiq pula.
 "Ibu pergilah sarapan, Ara buatkan cucuk bilis tadi. Abang dengan Ara dah makan."pelawa Mutiara.
 "kalau macam itu, Afiq dengan Ara tolong ibu pergi pasar belikan ikan dan sayur untuk masak tengah hari ini.boleh tak?"tanya Puan Noor.
 "Boleh, ibu."jawab Afiq dengan selamba.Afiq terus bangun untuk menukar pakaian.
 "Sayang, tunggu apa lagi tu. Cepatlah tukar baju tu," kata Afiq sambil menarik tangan Mutiara. Mutiara terkejut dengan gelaran yang di panggil oleh suaminya. Mutiara bagaikan terkena pukau dengan suami sendiri.

          

No comments:

Post a Comment