Saturday, 12 October 2013

**miss & mrs dari kaki novel**

Miss & MrsSinopsis:-
Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?
Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!
Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?
Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.

“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”
novel ni pn best gak....try la baca....peace...

**bukan isteri sempurna dari kaki novel**

sinopsis:-
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
 Bukan Isteri Sempurna